Salam.. Tanggal 13 March 2009 maka lahirlah seorang puteri bernama Aniqah Hayani Binti Asrar Syahrim. Aku sangat berbangga mempunyai satu tanggung jawab besar sekarang. Bukan setakat itu sahaja, segala kerletihan, kedukaan dan kepayahan hilang bila berjumpa dengan si kecil ini. Lahir di Seremban Specialist Hospital,memang berbaloi kerana layanan dan kepakaran Dr. Ishak sangat memuaskan hati.
Ibunya, Nur Hafizah Binti Ismail telah bertarung selama 12 jam untuk melahirkan permata hati ini. Setelah 12 jam bertarung, Dr. Ishak memberitahu kami bahawa baby ini kena ikut tingkap untuk menyelamatkan nyawa kedua- dua permata hati aku. Aku memberikan persetujuan untuk pihak doktor membelah perut isteriku. Rupa-rupanya, tali pusat terbelit hampir 2 kali di leher Aniqah. Patutlah tak mahu dia turun walaupun jalan dah terbuka 7 cm. Syukur, Alhamdulillah, kedua-duanya selamat dan sihat.
Kini hendak masuk 4 minggu. Aniqah sihat dan ceria untuk menemani kedua-dua ibu bapanya.
Tuesday, April 7, 2009
Orang Baru dalam hidupku
Posted by Asrar Majid at Tuesday, April 07, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment